top of page
Journaling

Selamat Datang ke
Faktor KGB

Terus Mengorak Langkah

Cerita Kami

Di sebalik pertubuhan Faktor KGB

Pada suatu malam yang dingin selepas berakhirnya musim PKP, sekumpulan rakan baik berkumpul di kala senja bersama-sama mengimbau kehidupan sepanjang perintah kawalan pergerakan. Mereka bersama menyuarakan pandangan serta berkongsi pendapat tentang impak yang tercetus ekoran pandemik COVID-19 serta norma kehidupan baru yang selanjutnya. Masing-masing sebulat suara mencapai kesepakatan berkenaan kepentingan mengukuhkan psikopendidikan dalam konteks masyarakat tatkala saat-saat krisis yang tidak menyenangkan ini. Sesi perkongsian tersebut telah mencetuskan idea bernas yang sesungguhnya tidak dapat diketepikan, ekoran itu diikuti dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti bagi menrealisasikan matlamat tersebut.

…Maka dengan itu, wujudlah Faktor KGB yang sedia ada kini.
 

Laptop Work

Komitmen Kami

Visi

Visi kami di Faktor KGB adalah untuk memberikan penekanan dalam mempertingkatkan kesihatan mental yang positif serta kesejahteraan secara keseluruhan menerusi pemerkasaan psikologi dalam aplikasi harian.

Misi

  • Mengutarakan aspek psikologi dalam pembangunan kesejahteraan secara keseluruhan.

  • Menyebarkan informasi yang berlandaskan bukti kesahan bagi aplikasi psikologi.

  • Mewujudkan kesedaran sosial menerusi projek komuniti, program dan aktiviti berkaitan.

Teras Utama

Kepelbagaian

Menghormati kepelbagaian dan perbezaan individu

Advokasi

Menyokong dan mendukung perjuangan keadilan

Integriti

Mengukuhkan kebertanggungjawaban dalam perkongsian maklumat serta amanah perlakuan.

Prihatin

Menjadi penggerak utama dalam memastikan hak asasi individu terbela menuju ke arah kehidupan sejahtera

Logo Kami

Rasional Di Sebalik Logo

  • Biru: Perpaduan dalam kepelbagaian

  • Putih: Ketulenan dan kredibiliti

  • Emas: Kesungguhan dan komitmen

  • Gunung: Matlamat unggul diiringi dengan usaha berterusan

  • Rama-rama: Transformasi dan perubahan

LOGO%20KGB%20WHITE%20BG_edited.jpg

Pasukan kami

Kymberly.jpg

Kymberly

  • Kymberly merupakan seorang ahli psikologi kaunseling (KB.,PA.) serta kaunselor bertauliah yang didaftarkan di bawah pihak Lembaga Kaunselor Malaysia.

  • Beliau menekankan pendekatan terapi bersama individu serta ahli keluarga mereka,
    bersama-sama dalam usaha memperkasakan tahap daya tahan psikologi yang diperlukan
    bagi membolehkan seseorang individu berkemampuan untuk menangani krisis dalam
    kehidupan
    .

  • Beliau berharap dapat menghubung-kaitkan permasalah teoritikal dengan situasi kehidupan harian menerusi kerja-kerja penyelidikan dan klinikal yang dilaksanakan, bukan sahaja untuk mewujudkan kesedaran terhadap kesihatan mental, bahkan juga untuk memperluas dan memperkasakan kesejahteraan psikologi menerusi usaha pelaksanaan psiko pendidikan.

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2020 by KGB Factor. Proudly created with Wix.com

bottom of page